02 July, 2009

Bagaimana Pengusaha Kawalan Serangga Membunuh Anai-Anai



Jangan putus asa jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah ancaman anai-anai yang aktif disekitar rumah anda. Sememang ada cara-cara yang harus anda pelajari bagaimana cara menghapuskan anai-anai serta usaha yang boleh anda lakukan sekarang adalah cara untuk menyelamatkan segala harta benda dari ancaman serangga tersebut.


Pemilik rumah seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan jika mereka telah mengesyaki wujudnya serangan serangga anai-anai di sekitar rumahnya. Sekalipun jika anda menganggap ianya tidak berlaku, namun anda juga harus tahu cara bagaimana mengesan kewujudan serangga anai-anai tersebut. Ini merupakan hal yang paling penting, kerana anai-anai dapat membiak dengan cepat dan akan aktif hampir dimana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi semua keperluan rumah anda mengandungi bahan-bahan yang diperbuat daripada kayu. Kawasan yang lembab juga adalah tempat kegemaran serangga ini membiak.

Ada beberapa kes serangan serangga anai-anai yang mungkin gagal dikesan dengan mudah kecuali anda telah menemui beberapa punca utama kerosakan pada beberapa bahagian tertentu seperti serangan dibingkai pintu, tingkap, perabut kayu, kotak, majalah dan akhbar-akhbar yang tersimpan lama di sesuatu tempat.

Jadi bukan mudah untuk anda memeriksa sesebuah kawasan yang terlibat dengan serangan serangga ini, sebelum anda tahu apakah punca-punca berlakunya serangan serangga tersebut. Punca-punca yang saya maksudkan ialah penemuan sejenis lumpur kering pada bahagian kawasan yang diserang (terowong) yang menghubungkan jalan atau laluan untuk serangga tesebut datang ke tempat-tempat yang mengandungi bahan-bahan yang disebutkan tadi.

Adakalanya agak sukar juga untuk anda mempelajari bagaimana mengesan serangga-serangga seperti ini, jika anda tidak pernah melihat atau tidak kenal bentuk serangga yang dimaksudkan. Jadi cara yang terbaik ialah dapatkan bantuan daripada pengendali yang telah mahir dalam bidang Pest Control merupakan jalan terbaik yang mungkin dapat menyelesaikan ke atas masalah tersebut.

Biasanya pengusaha dalam bidang Pest Control bukan sahaja tahu bagaimana mengesan serangga anai-anai tetapi mereka juga tahu bagaimana merawat kawasan dan tapak bangunan yang terlibat dengan ancaman anai-anai. Untuk mengesan darimana ancaman anai-anai ini datang merupakan perkara yang mudah bagi sesetengah pengendali yang memiliki pengalaman dan pengetahuan dalam hal ini.

Tapi tahukah anda bukan semua syarikat pengusaha kawalan serangga memiliki pengetahuan dalam hal yang sedemikian. Ada juga syarikat pengusaha kawalan serangga yang hanya tahu merawat tetapi tidak tahu dimana punca ini berlaku. Mungkin anda juga syarikat pengusaha kawalan serangga yang tahu mengesan serangga anai-anai tetapi rawatan yang dilakukan tidak memberikan apa-apa kesan langsung. Walaupun selepas rawatan yang dijalankan telah dilakukan tetapi rumah anda masih lagi diancaman dengan serangan yang baru. Mengapa perkara ini masih berlaku?
Jawapanya MUDAH! dan ada beberapa sebab. Dan diantara sebab-sebabnya ialah:

  • Tidak memiliki tenaga kerja yang terlatih dan mahir.

  • Memiliki tenaga kerja yang sambil lewa dan tidak bertangung jawab.

  • Pihak pengurusan bahagian pemeriksaan tidak cekap mengendalikan pekerja.

  • Menipu pelanggan dengan memberikan keyakinan yang tidak munasabah.

  • Tidak menjelaskan jenis bahan kimia yang digunakan untuk rawatan.

dan termasuk lain-lain hal yang tidak dapat saya sebutkan didalam blog ini. Sekiranya anda mahu mendapatkan penjelasan lanjut tentang kaedah yang sebenar yang perlu anda tahu seharus anda perlulah menghubungi kami. Anda akan dijelaskan dengan lebih terperinci kaedah rawatan yang paling sesuai dan terbaik. Anda juga akan dinasihatkan dengan beberapa maklumat yang tepat dan betul.

Mungkin anda sendiri boleh bertanyakan beberapa soalan yang mungkin anda sendiri kurang faham. Saya sedia memberikan penjelasan yang lengkap dan sebaik yang mungkin. Dengan setiap penjelasan yang diberikan ini juga, anda boleh berfikir dan diberikan masa untuk mempertimbangkan hal-hal ini sehingga anda bersedia untuk membuat pilihan. Jadi jika anda mempunyai sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi Shaiful ditalian 019-749 5895 dan minta bantuan khidmat nasihat dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Shaiful ini adalah rakan saya yang pernah bekerja di sebuah Syarikat kawalan serangga bersama-sama saya suatu ketika dahulu. Saya yakin Shaiful boleh berikan servis kawalan serangga yang ditawarkan bukan sahaja murah tetapi berkesan dan sudah tentu hasil kerja yang dilakukan dijamin berkualiti.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui email : termitecontrol99@yahoo.com.my. Saya akan cuba membantu anda sedaya upaya yang boleh kerana saya merupakan seorang juruteknik kawalan serangga yang memiliki pengalaman dan tahu dalam hal-hal yang berkaitan dengan serangga anai-anai. Jangan bimbang saya akan cuba bantu anda bagaimana memilih syarikat kawalan serangga yang memiliki pengetahuan yang tinggi tetapi menawarkan harga yang lebih murah yang dapat menjimatkan kos rawatan.Itulah serba sedikit nasihat yang mungkin dapat membantu anda sebelum anda membuat sebarang keputusan. Akhir sekali ucapan terima kasih kepada semua pembaca blog ini kerana sudi membaca artikel ini pada post kali ini. Jumpa lagi pada post seterusnya.....

Ikhlas dari,


Mohamad Asmid
Bekas Juruteknik Pest Control

Ps. Terbaru syarikat Far East Pest Control telah menambahkan sejenis alat khas yang dapat meningkatkan kualiti kerja. Tiada lagi kerosakan pada permukaan lantai tile apabila ditebuk dengan mesin gerudi. >>> Shaiful 019-749 585

Bacaan Seterusnya......

20 May, 2009

Anai-Anai Wujud Semula Walaupun Rawatan Telah Dijalankan.




Tajuk diatas adalah soalan yang telah saya terima dari Nur Shafiqah Nabila. Soalan tersebut telah dihantar terus ke kotak email saya. Jadi saya wajib membantu Shafiqa dengan menjawap soalan yang dikemukakan kepada saya itu.

Soalan yang ditanya

Contoh email yang diterima. Email dan no tel tidak didedahkan untuk menjaga privasi pengirim.

Baiklah saya salin dan tulis semula soalan-soalan Nur shafiqa nabila didalam blog ini agar lebih terang dan jelas. Soalan begini:

Kenapa anai-anai wujud semula setelah treatment dibuat selepas 5 bulan sedangkan syarikat pest tersebut berjanji warranty selama 1 tahun? Semburan yang dibuat ialah secara soil treatment iaitu mengorek lubang dan semburan.

Bagi saya ini adalah soalan yang bagus dan saya suka dengan soalan sebegini kerana saya tahu bukan Nur shafiqa sahaja yang mengalami masalah seperti ini. Saya percaya ramai lagi yang mengalami masalah yang sama. Tapi mereka tak tahu dimana nak dapatkan maklumat yang betul dan tepat.

Sebelum saya menjawab dan membalas pertanyaan dari Nurshafiqa nabila, saya berfikir adalah lebih baik saya jawap semua soalan ini didalam blog ini, agar dapat dikongsikan kepada semua pembaca Blog Kawalan Serangga.

Saya lakukan ini kerana dapat memberitahu kepada semua pembaca blog kawalan serangga perkara yang sebenar mengapa wujudnya ancaman / serangan anai-anai walaupun rawatan kawalan serangga telah dilakukan.

Pertama >>> Salah satu sebab yang munasabah ialah pengedali itu sendiri. Pengedali itu perlu mahir dengan selok belok kerja-kerja yang dilakukan. Sebaik-baiknya pengendali yang berpengalaman dan berpengetahuan didalam bidang pest control adalah benar-benar seorang juruteknik kawalan serangga yang cekap.

Maknanya ialah juruteknik yang tahu menjalankan kerja-kerja semburan ditapak bangunan yang dirawat. Jangan hanya datang sembur lepas tu siap. Pastikan pengedali yang melakukan kerja-kerja semburan soil treatment adalah seorang juruteknik pembasmi serangga yang berpengalaman.Jika sesebuah syarikat yang mempunyai masalah pekerja yang sering bertukar-tukar pekerja baru cuba elakkan daripada mendapatkan khidmat mereka.

Saya bukan nak kondemkan perkhidmatan syarikat kawalan serangga yang ada. Tapi kita perlu ingat, kalaulah syarikat itu sendiri bertukar-tukar pekerja (juruteknik) baru, masa untuk melatih juruteknik baru mungkin melibatkan masa. Sebab itulah kerja-kerja semburan yang dilakukan tidak sempurna kerana ia dikendalikan oleh juruteknik baru. Ini adalah pesanan penting untuk anda. Anda boleh membaca tips memilih syarikat kawalan serangga dengan hanya klik disini.

Kedua >>> Bahan kimia / racun serangga yang tidak mengikut sukatan yang betul juga menjadi salah satu sebabnya. Bukan itu saja, anda perlu tahu apakah jenis bahan kimia yang digunakan dalam rawatan tapak dipremis anda.

Anda kena ingat bahan kimia mengandungi pelbagai jenis dan pelbagai fungsi. Ada yang merbahaya dan ada mesra pengguna. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis kelas. Ada kelas 4, kelas 3, kelas 2 dan kelas 1. Semakin kecil jenis kelas pada bahan kimia maka semakin bahaya. Biasanya produk racun bahan kimia serangga boleh dilihat pada label yang terdapat pada botol.

Pada bahagian botol itu, mengandungi arahan penggunaan dan jenis kelas. Kalau yang merbahaya biasanya mengandungi gambar tulang tengkorak bersilang. Ini adalah bahan kimia / racun serangga yang merbahaya. Dinegara kita Malaysia bahan kimia yang merbahaya telah diharamkan oleh Lembaga Racun Negara. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut lagi tentang bahan kimia / racun serangga yang paling baik dengan hanya klik disini.

Ketiga >>> Pemaju yang membangunkan perumahan juga perlu bekerja sama dengan Syarikat Pest Control yang menjalankan semburan ditapak bangunan yang dibina. Bekerja sama yang dimaksudkan itu ialah selepas semburan Soil Treatment selesai dijalankan. Pihak pemaju dengan segera menutup permukaan tapak yang disembur itu dengan bancuhan simen. Tujuan ini dilakukan adalah untuk mengelakan racun serangga yang disembur terkena hujan yang mungkin racun serangga tidak dapat larut ke bahagian dalam tanah iaitu dibawah lantai (slab) bangunan.

Image Kerja-Kerja Kawalan Serangga

Saya rasa soalan-soalan yang dikemukan Nur shafiqa telah pun dijawab dan jika pembaca blog ini tidak faham dan ingin bertanya sila emailkan pertanyaan anda kepada saya melalui email dibawah :

termitecontrol99@yahoo.com.my

Saya akan menjawap semua soalan selagi saya mampu dan tahu. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar yang lebih tahu agar ia lebih lengkap dan tepat.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nur shafiqa kerana bertanya soalan-soalan yang bagus yang dapat saya bincangkan didalam post ini. Jika ada apa-apa pertanyaan sila hubungi saya menerusi email yang diberikan seperti diatas.

Sekian,

Terima kasih kerana sudi membaca.

Ikhlas dari,

Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

05 May, 2009

Mengenal Pasti Punca & Cara Pembasmian Tikus




Setelah difikirkan dan hasil daripada beberapa kajian yang dibuat. Saya dengan ini akan berkongsi rahsia pencegahan awal yang boleh anda gunakan untuk mengawal serangan tikus-tikus daripada memasuki ke dalam rumah anda. Sebelum tindakan ini dilakukan saya cuba memeriksa punca sebenar mengapa tikus-tikus dapat mencuri masuk ke dalam sesebuah rumah. Lebih 3 malam saya cuba melakukan pemerhatian untuk mengenal pasti punca sebenar dari manakah haiwan perosak ini mencuri masuk.

Pertama sekali saya cuba tumpukan pemerhatian dibahagian dapur dan tandas dirumah saya. Dibahagian inilah saya menemui jawapan. Tikus-tikus boleh memasuki ke dalam rumah dengan melalui lubang-lubang kecil seperti didalam saluran paip, dilubang-lubang najis dan dibahagian bawah pintu yang mempunyai sedikit ruang. Kemudian saya lihat tikus-tikus ini terus berjalan dengan menuju ke tong sampah yang terletak berhampiran dipintu dapur rumah saya.

Tikus haiwan perosak

Punca sebenar telah dikenal pasti. Tindakan seterusnya mengawal dan pencegahan boleh dilakukan sendiri tanpa melibatkan umpan beracun. Jadi hari ini saya berikan sedikit tip bagaimana anda boleh melakukan pencegahan tikus-tikus dari menyeberang masuk kedalam rumah anda. Jadi langkah-langkah berikut amat diperlukan:

  • Langkah 1.
  • Periksa semua lubang-lubang atau gaps yang ada didalam dan diluar rumah anda.

  • Langkah 2.
  • Seal up lubang-lubang itu dengan segera. Tindakan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menghalang tikus-tikus memasuki kedalam lubang-lubang tersebut.

  • Langkah 3.
  • Pastikan dibahagian dapur dimeja makan dibersihkan dan jangan biarkan sisa-sisa makanan bertaburan disana sini.

  • Langkah 4.
  • Kosongkan tong sampah (waktu malam) didalam rumah sebelum anda masuk tidur. Biasanya tikus-tikus yang melepasi lubang-lubang akan terus mencari makanan didalam tong sampah yang mengandungi sisa makanan.
Semua langkah-langkah yang diberikan diatas adalah cara yang boleh dilakukan oleh anda sendiri. Cara ini tidak melibatkan bahan racun, tiada kos kerana tidak memerlukan bantuan syarikat pest control / juruteknik kawalan serangga. Tetapi saya tidak dapat memberi jaminan terhadap langkah-langkah yang diberikan. Cuma ia dapat membantu dan menjimatkan kos-kos bayaran untuk menjemput syarikat pest control yang mungkin memerlukan sedikit bayaran jika perkhidmatan ini diperlukan. Semoga tip-tip yang diberikan dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah gangguan tikus-tikus yang cuba menceroboh masuk kedalam rumah anda.

Fakta Sebenar Tentang Tikus


Tikus adalah haiwan perosak yang pemalu dan pengotor. Haiwan ini boleh membawa lebih daripada 200 jenis penyakit yang merbahaya. Memiliki kekuatan pada giginya untuk mengigit sesuatu yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda. Memiliki perkembangan otak yang baik dan bersikap berhati-hati didalam setiap hal-hal yang menjadi ancaman terhadapnya.



Mohamad Asmid
Juruteknik kawalan serangga

Bacaan Seterusnya......

17 April, 2009

Perlukah Anda Mendapatkan Servis Pest Control



Samada anda percaya ataupun tidak, penduduk yang tinggal di Taman Setia Indah di Johor Bahru mengalami masalah anai-anai. Masalah ini bukanlah sesuatu yang penting sangat. Tetapi penduduk disana tak senang tidur nampaknya. Asyik memikirkan masalah itu. Kalau ditanya dengan soalan sebegini, Adakah mereka memerlukan Servis Pest Control untuk menyelesaikan masalah serangga perosak. Jawapan yang diberikan mungkin perlu dan sebahagiannya juga menjawab tidak. Mengapa ada yang menjawab tidak dan mengapa sebahagiannya lagi memerlukan servis ini.

imej kawalan serangga

Baiklah sesetengah orang mungkin menganggap servis kawalan serangga tidak penting kerana mereka adalah penduduk ditaman tersebut tetapi bukan pemilik rumah dikawasan itu. Sebab itulah mereka memberikan jawapan tidak perlu. Sebahagiannya lagi menjawab saya perlu mendapatkan servis pest control kerana saya takut harta benda yang ada didalam rumah saya rosak. Mereka yang memerlukan khidmat pest control kebanyakan adalah pemilik rumah dikawasan itu. Sebab itulah mereka yang mengalami masalah anai-anai akan menghubungi syarikat pest control. Bukan penyewa rumah dikawasan itu.

Jadi pada post kali ini saya tujukan kepada mereka yang memerlukan servis ini sahaja yang mahu mendapatkan khidmat dan nasihat mengenai kaedah dan rawatan pencegahan kawalan serangga perosak. Saya tahu ramai penduduk di Taman Setia Indah mengalami masalah ini. Sebabnya sejak kebelakang ini saya ada menerima panggilan daripada penduduk disana yang meminta bantuan daripada saya untuk menyelesai masalah tesebut. Bukan satu dua rumah, kalau dihitung tak terkira rasanya.

Sebenarnya masalah ini bukan terjadi pada tahun ini tetapi sejak tahun 2005, masalah anai-anai dah ada dikawasan itu. Kalau tak silap semasa saya bekerja di syarikat kawalan serangga yang lain di tempat lama. Pada masa tu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya melakukan kerja-kerja pembasmian anai-anai disetiap rumah di Taman Setia Indah. Oleh kerana selalu sangat melakukan perkara dan kerja yang sama, saya agak mahir dan tahu selok belok tentang pencegahan serangga atau kawalan makhluk perosak.

So jika ada apa-apa pertanyaan atau soalan yang kurang pasti tentang pencegahan serangga anai-anai boleh hubungi saya disini. Saya akan cuba membantu sedaya upaya yang mampu. Bagi mereka yang ingin mendapatkan servis pest control boleh terus menghubungi Far East Pest Control atau contact En. Shaiful di talian 019-749 5895. Saya amat merekomenkan syarikat ini sebab kualiti kerja memang dijamin. Selain kualiti kerjanya terpelihara, keberkesanan untuk jangka masa panjang juga menjadi pilihan utama syarikat ini.

Anda boleh cuba dulu baru tahu. Oklah saya kita tangguhkan dahulu cerita ini dan jumpa lagi pada post seterusnya di lain waktu.




Ikhlas,




Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

04 April, 2009

3 Tip Mengesan Anai-Anai Daripada Pakar Kawalan Serangga



Adakah anda sedang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dirumah anda? Maksudnya ianya bukan sesuatu kecurian tetapi mungkin rumah anda sedang dalam bahaya. Anai-Anai ( a.k.a semut putih ) sedang sibuk mengerjakan sesuatu dirumah anda. Ini bermakna harta benda anda kini terancam dan pastinya kerugian besar akan menimpa diri anda. Jangan........ katakan jangan. Jangan biarkan ia bermaharajalela dengan melakukan sesuka hati dirumah anda.

Khidmat Kawalan Serangga & Anai-Anai

Anai-anai adalah serangga kecil yang gemar merosakan kayu-kayu. Kita agak kurang sedar bertapa banyaknya harta benda yang ada didalam rumah diperbuat daripada kayu. Misalnya barangan perabut, rangka pintu dan tingkap. Ini tidak termasuk kayu-kayu dibahagian bumbung rumah seperti rangka kayu siling, kayu gelegar yang menyokong bumbung. Kalaulah kayu perabut sahaja yang dirosakan itu tak apa. Tapi bagaimana jika kayu penyokong bumbung rosak. Habislah, bumbung akan runtuh pada bila-bila masa. Mungkin kita tidak sedar bahawa makhluk jahat (anai-anai) datang secara senyap.

Jadi pada post kali ini saya akan kongsikan sedikit tips cara bagaimana mengesan serangga anai-anai. Anda tidak perlu peralatan canggih untuk mengesan serangga ini. Hanya ada beberapa langkah yang perlu anda buat
untuk mencari dimanakah serangga itu bersembunyi. Berikut adalah 3 Tip dan langkah yang perlu anda lakukan:

Step 1

Mengesan dengan memeriksa diseluruh kawasan yang lembab seperti dibeberapa bahagian di kawasan berhampiran dengan tandas. Kebiasaannya serangga ini akan mula menyerang dikawasan yang lebab dan sejuk. Ianya boleh belaku dikawasan yang berhampiran dengan tandas.

Step 2

Mengesan melalui pendengaran. Biasanya kaedah ini boleh dilakukan diwaktu malam sahaja. Hanya pada waktu itu anda dapat mendengar bunyi sesuatu dikawasan yang diserang. Jika rumah anda menggunakan lantai kayu pakir, anda mengesyaki sesuatu telah berlaku, sila periksa kawasan itu dengan segera.

Step 3

Periksa di kawasan stor atau tempat menyimpan barang yang jarang digunakan. Biasanya dikawasan ini anda jarang masuk dan jarang menggunakan tempat ini. Jika dikawasan tersebut anda ada menyimpan akhbar lama, disitulah tempat utama yang akan menjadi pembiakan serangga tersebut.

Adakah anda rasa puas hati setelah melakukan ketiga-tiga langkah diatas? Atau anda masih tidak yakin dengan langkah-langkah yang diberikan. Jika anda masih tidak yakin dengan langkah-langkah diatas, eloklah bertanya sendiri dengan jiran disebelah rumah anda. Jika rumah jiran anda ada tanda-tanda pembiakan anai-anai. Rumah anda juga akan menjadi mangsa dan mungkin diancam dengan serangan serangga tersebut jika sampai masanya. Tip terkahir yang boleh membantu anda ialah mengenal pasti lokasi tempat tinggal anda.

Misalnya di Johor Bahru terdapat beberapa tempat yang menjadi ancaman serangga anai-anai. Melalui pengalaman saya semasa bekerja disyarikat kawalan serangga. Boleh dikatakan diseluruh kawasan perumahan baru seperti di Taman Setia Indah, Taman Daya, Taman Delima, Taman Gaya, Taman Pelangi Indah, Taman Bukit Tiram, Taman Johor Jaya, Taman Molek, Taman Bukit Kempas, Taman Impian Emas, Taman Tun Aminah, Taman Sutera, Taman Perling, Bandar Uda Utama, Bandar Baru Uda, Taman Mutiara Rini, Gelang Patah adalah tempat-tempat yang menjadi sasaran serangan anai-anai.

Jika lokasi rumah anda dikawasan yang saya sebutkan diatas. Memang sah rumah anda juga akan menjadi mangsa anai-anai. Saya cadangkan kepada anda dapatkan nasihat daripada pakar-pakar kawalan serangga untuk nasihat percuma daripada mereka dengan segera. Jika tidak! Kejadian buruk boleh berlaku pada bila-bila masa dan kemungkinan anda juga akan mengalami kerugian yang amat besar. Maksudnya ialah anda terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh serangga anai-anai. Jadi elakkanlah dengan cara berjumpa dengan pakar-pakar kawalan serangga untuk meyelesaikan masalah ini.

Akhir sekali untuk menyelesaikan masalah ini sila hubungi Pakar Kawalan Serangga melalui talian 019-749 5895 (En. Shaiful Anuar) untuk nasihat percuma.

Jumpa lagi pada post seterusnya......



Ikhlas dari,

Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga





Bacaan Seterusnya......

02 April, 2009

Senarai Syarikat & Pemeriksaan Kawalan Serangga Percuma


Kerosakan Disebabkan Anai-Anai

Mempunyai rumah yang dipenuhi dengan serangga anai-anai adalah satu perkara yang membosankan. Bukan sahaja penat membersihkan laluan atau terowong yang dibuat tetapi kemungkinan besar kerosakan akan berlaku pada struktur kayu yang ada di dalam rumah anda.

Terutamanya ialah barangan perabut, rangka pintu dan tingkap, kayu penyokong bumbung. Dan perkara yang paling merbahaya sekali ialah gelagar kayu yang untuk mengantung kipang siling. Bagaimana jika anai-anai yang ada dirumah anda menyerang kayu itu. Bila-bila masa sahaja kipas yang sedang berpusing itu jatuh menimpa sesiapa yang berada dibawah kipas.

Jika nasib tak baik boleh meyebabkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Kejadian ini boleh belaku apabila anai-anai menyerang gelagar kayu itu dan tanpa kita sedar kayu itu mula reput dan kemungkinan kipas yang bergatung itu jatuh.

Saya bukan nak takut-takutkan tapi perkara ini pernah berlaku dan pernah diceritakan oleh pemilik rumah dijohor bahru. Mujur tidak ada perkara buruk berlaku. Nasib baik menyebelahi keluarga pemilik rumah itu kerana semasa kejadian tidak ada seorangpun yang berada diruang tamu. Perkara ini mungkin boleh dielakkan jika anda mendapatkan khidmat pest control untuk melakukan pemeriksaan dirumah anda.

Jangan takut untuk menghubungi pakar kawalan serangga untuk melakukan pemeriksaan dirumah kerana tiada bayaran dikenakan. Biasanya pemeriksaan untuk mengesan serangga anai-anai adalah percuma. Ada banyak syarikat kawalan serangga yang boleh dihubungi di sekitar johor bahru. Diantara syarikat kawalan serangga yang dikenali ialah Rentokil, Nlc Pest, Dr. Pest, Nbz pest, Fog Master, Pest Roy, Mni Pest Solution, Kamal and Kamal, Pest Town, Diomand Pest , Plus Care, Skil Pest Control, Golden Pest Control, Anti Pest dan banyak lagi.

Saya akan senaraikan lagi syarikat kawalan serangga lain diblog ini pada post yang akan datang. Tapi jika anda mahu mendapatkan khidmat kawalan serangga yang memberikan servis berkualiti dengan harga berpatutan anda boleh menghubungi Far East Pest Contol atau anda boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas iaitu En. Shaiful ditalian 019-749 5895 untuk pertanyaan selanjutnya.

logo kawalan serangga

Kawasan yang terlibat dengan serangan anai-anai yang pernah mendapat khidmat daripada syarikat Far East Pest Control ialah Taman Bukit Dahlia, Taman Kota Masai, Taman Mawar yang terletak di Pasir Gudang. Selain dari tempat itu juga, syarikat Far East Pest Control pernah menjalankan servis kawalan serangga di luar kawasan Johor Bahru seperti di daerah Segamat, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Mersing.

Pada tahun lepas 2008 Syarikat ini banyak menjalankan servis pest control di Taman Impian Emas, Taman Mutiara Rini, Taman Setia Indah, Taman Dahlia, Taman Delima 2 dan lain-lain daerah termasuk senai dan kulai. Pada pendapat saya kaedah rawatan yang paling baik dan berkesan bagi menghapuskan semua pembiakan anai-anai dengan menjalankan rawatan secara corrective soil treatment. Rawatan kawalan serangga jenis ini dikenali sebagai rawatan tanah. Kaedah ini dijamin berkesan kerana sijil jaminan akan disertakan selepas sesebuah rumah menjalani rawatan tapak. Sijil jaminan akan dikeluarkan setelah semua kerja kawalan serangga selesai dijalankan. Tempoh jaminan akan dikeluarkan bergantung kepada keadaan tapak sesebuah bangunan dan bahan kimia (racun serangga) yang digunakan.

Akhir sekali saya ingatkan jika anda mengalami masalah yang dinyatakan diatas, jangan takut menghubungi syarikat kawalan serangga untuk melakukan pemeriksaan. Kerana semua pemeriksaan adalah PERCUMA. Jika anda tidak percaya dengan apa yang saya katakan anda boleh menghubungi En. Shaiful di talian 019-749 5895 untuk pertanyaan lanjut....



Ikhlas dari,


Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

30 March, 2009

Panggilan Dari Bukit Dahlia Pasir Gudang


Sejak akhir ini sahaja, saya menerima 2 panggilan daripada pemilikrumah di pasir gudang johor yang mengalami masalah gangguan serangga perosak. Kebanyakannya masalah yang dihadapi oleh pemilik rumah disana ialah gangguan serangga anai-anai.

En. Silvam adalah orang pertama yang meminta saya datang untuk melakukan pemeriksaan dirumahnya. Semasa pemeriksaan dijalankanterdapat banyak kerosakan di beberapa struktur kayu. Katanya bulan lepas dia telah periksa semua tempat tetapi tiada kesan serangan. Tapi selepas beberapa minggu terdapat kesan tanah pada sudut dinding di bahagian tandasnya.

Saya buat pemeriksaan kerana jiran disebelah rumah saya bertanya, ada nampak anai-anai tak sebab di bahagian dapur rumah saya anai-anai dah buat sarang, kata jiran disebelah rumahnya. Sebab tu saya periksa semua kawasan En. Silvam berkata. Jadi sekarang saya mahu tahu bagaimana kaedah yang you all buat, kata En. Silvam kepada saya.Banyak juga soalan yang terkeluar dari mulut En. Selvam. Susahjuga nak jawap semua soalan. Rawatan Kawalan SeranggaAntara soalan yang ditanya ialah darimanakah serangga itu datang? Macam mana anai-anai boleh naik keatas sedangkan serangga itu hanya hidup didalam tanah.

Tapi saya cuba fahamkan secara detail dan akhirnya En. Silvam faham juga apabila saya cuba mengulangi semula semua jawapan.Saya cadangkan kepada En. Silvam agar tapak bangunan rumahnya di berikan rawatan tanah. Sebabnya anai-anai yang tinggal dibawah tanah tidak boleh dihapuskan jika ratu anai-anai masih terus hidup.

Ratu anai-anai adalah sejenis sepises serangga yang boleh bertelur sehingga lebih daripada 100 ribu telur dalam satu masa. Sebab itulah kalau kita sembur dengan racun serangga apapun ancaman anai-anai masih juga berlaku. Sebabnya ratu anai-anai yang masih hidup akan terus betelur. Jika anda hapuskan dengan cara semburan sekalipun, ancaman anai-anai masih berlaku kerana ratu anai-anai tidak mati.

Jadi untuk menghapuskan ratu anai-anai dan pembiakannya ialah dengan menjalankan rawatan soil. Tujuannya rawatan ini ialah menghasilkan rintangan bahan kimia di bawah slab atau dibawah lantai bangunan rumah yang betindak sebagai penghalang kawasan berkenaan.Secara ringkasnya bahan kimia (racun anai-anai) akan disuntik dengan alat khas melalui lubang yang dibuat. Lubang akan dibuat terlebih dahulu dilantai berhampiran dengan dinding bangunan.

Bahan kimia yang disuntik disetiap lubang akan dibuat dengan menggunakan mesin pam berkuasa bersama dengan sejenis alat yang bernama injector. Bahan kimia ini akan terus meresap kedalam tanah dan akan bertindak menghalang serangan serangga anai-anai.Semua kawasan akan mengandungi racun pembasmi serangga. Jika serangga itu melalui kawasan yang mengandungi bahan itu akan terkena racun sekaligus dapat membunuh ratu anai-anai. Ini kerana makanan yang dibawa oleh anai-anai untuk diberikan sang ratu akan dicemari dengan racun yang disuntik itu.

Jadi ratu anai-anai yang tinggal didalam sarangnya akan memakan makanan yang tercemar dengan racun serangga itu. Selepas itu proses peranakan akan terhenti kerana ratu anai-anai telah mati.Itulah sebabnya rawatan jenis corrective soil treatment adalah cara yang terbaik dan berkesan untuk membasmi serangga ini. Kaedah semburan hanya dapat bertahan untuk sementara waktu sahaja. Ancaman serangga anai-anai akan berlaku jika dengan kaedah semburan. Berbeza dengan kaedah rawatan tanah yang mana bahan kimia atau racun serangga ini akan terus meresap kedalam tanah melalui suntikan. Bailah saya rasa cukup disini dahulu nantikan berita terbaru di lain hari.

Bagi anda yang tinggal di Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang yang kenal En. Silvam boleh bertanya terus dengan dia tentang servis pest control. Adakah ia berpuas hati dengan kaedah rawatan yang saya cadangkan?
Jawapannya mudah tanya En. Silvam...



Ikhlas,
Mohamad AsmidJuruteknik Pest Control

Bacaan Seterusnya......