Pesanan Penting Berkenaan Formulasi Produk Racun Makhluk Perosak

Adakalanya kita mungkin bertanya "Kenapa racun perosak dijual dalam pelbagai jenis formulasi?". Apakah tujuan racun sesuatu jenis di formulasi sebegitu?

Formulasi-formulasi sejenis racun makhluk perosak adalah sangat penting kerana serangga yang perlu dikawal itu berbeza sama sekali atau mereka mempunyai ciri-ciri yang tidak serupa. Maka oleh yang demikian, produk racun perosak hendaklah dikaji dengan teliti dan tujuannya supaya racun tertentu boleh digunakan dengan betul dan akan mendatang kawalan yang tepat dan berkesan.

Jenis formulasi yang dinyatakan diatas merupakan produk-produk yang boleh didapati di dalam pasaran dinegara ini (Malaysia). Disini saya akan menyebutkan sedikit tentang ciri-ciri yang agak istimewa bagi semua formulasi.

EC =>Formulasi jenis ini dirumus khas dengan campuran solvent sebagai bahan lengai yang boleh kita gunakan secara larutan dalam air atau boleh dicampurkan dengan minyak diesel/fogging oil dan sebagainya.

Formulasi "EC" akan bertukar warna yang jernih menjadi kepada putih seakan-akan "susu" apabila dicampur dengan air.

SC =>lPekatan bersuspensi atau suspension concentrate "SC" juga suatu jenis formulasi yang dikeluarkan secara bahan aktifnya disuspensi dalam bahan lengai. Ianya juga boleh dikatakan dalam keadaan terapung-apung.

Produk jenis ini akan lebih larut dan rata jika dilarutkan dengan betul. Selepas ianya dilarutkan dengan baik, produk dalam kandungan air itu menjadi rata dari permulaan semburan sehingga penghujung kandungan dalam pump.

Satu ciri yang agak istimewa bagi "SC" ialah pekatan dalam botol. Produk ini sangat pekat sehingga sukar untuk dituangkan dari botol dan juga boleh mengotorkan bekas sukatan yang digunakan. Bekas sukatan yang digunakan hendaklah dicuci setiap kali selepas selesai digunakan. Tujuannya supaya dapat mengisi kandungan racun yang betul dan tepat.

G => Racun perosak yang dirumuskan sebagai butiran (granules) juga boleh didapati dalam pasaran. Formulasi sebegini amat sesuai untuk dipakai kerana ianya mudah dikendalikan. Tujuan produk yang merbahaya juga diformulasikan sebagai butiran tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna. Salah satu jenis produk serupa ini ialah ABATE untuk kawalan Jentik-Jentik Nyamuk Aedes.

WP => Serbuk mudah basah atau webtable powder dibuat adalah memudahkan kegunaannya selaian tidak takut ianya tumpah. Jika ia disediakan didalam jenis cecair maka sebarang tumpahan akan mengakibatkan pencemaran yang membahayakan kita semua. Walaubagaimanapun, racun wettable powder ini senang ditiup angin dan boleh membahayakan jika terhidu.

Berhati-hatilah dengan racun jenis ini, pengguna perlu memakai alat keselamatan seperti penutup hidung daripada terhidu. Ada sesetengah racun jenis sama yang tidak boleh larut 100% dan ini mungkin menjadi masalah besar kerana bahan yang tidak boleh larut dalam air akan mengakibatkan penyembur pamp tersumbat.

Pellet => Umpanan jenis pelet juga sama dengan umpan biasa. Ianya juga sejenis umpan tetapi bezanya umpan pelet ini agak kecil berbanding dengan umpan biasa. Palet mengandungi bahan-bahan yang sama seperti serbuk beras, bijiran seperti gandum, jagung dan sebagainya.

Kadangkala, pelet menjadi umpan yang lebih berkesan jika dibandingkan dengan Baits kerana tikus ditempat yang lain mempunyai selera yang berlainan. Satu ciri yang perlu kita semua tahu ialah pelet selalunya tidak boleh terkena hujan kerana formulasi ini tidak dicampuri dengan lilin. Contoh pelet yang boleh didapati dalam pasaran ialah TALON.

Traps => Pengawalan jenis Traps atau dikenali sebagai perangkap lebih senang digunakan. Ini kerana kaedah kawalan seperti ini tidak perlu menggunakan bahan beracun. Selain ianya tidak merbahaya, kaedah ini memerlukan sedikit kemahiran dan skill tertentu supaya perangakap yang dipasang mengena sasaran.
Hanya juruteknik yang berpengalaman sahaja yang dapat menggunakan kaedah ini dengan berkesan.

Glue => Kaedah mengawalan serangga menggunakan gam juga memerlukan kemahiran yang tinggi. Selain daripada kemahiran dan pengalaman yang dimiliki, punca dan lokasi persekitaran juga perlu diambil kira. Objektif memerangkap serangga yang dikehendaki seperti semut, lipas atau tikus ini merupakan cara yang tidak menggunakan bahan beracun. Kaedah ini dijamim selamat dan tidak mendatangkan bahaya pada pengguna dan persekitaran. Biasanya kaedah mengawal serangga jenis dilakukan pada tempat-tempat seperti ruangan dapur restoran dan hotel atau ditempat simpanan makanan.

Soluble Tablet => Kepingan cepat larut atau soluble tablet akan menjadi pilihan yang sesuai dan digemari oleh juruteknik kawalan serangga. Ianya senang, ringan dan mudah dikendalikan oleh juruteknik. Bagi juruteknik yang membuat servis dalam bangunan yang bertingkat-tingkat, formulasi ini amat baik sekali. Kepingan lebih sesuai jika dibandingakan dengan racun yang tersedia didalam botol.

Mungkin di Malaysia kempingan formulasi seperti ini agak sukar diperolehi.
Fumigant => Gas Fumigasi amat sukar untuk dikendalikan. Kebanyakkan racun dalam formulasi gas amat merbahaya. Ianya hanya boleh dikendalikan oleh juruteknik yang terlatih sahaja dan memiliki lesen pemakai racun yang sah.

Kebanyakan Gas Fumigasi dipakejkan didalam kelas 1A yang sangat merbahaya.
Kebaikannya, Formulasi jenis Gas ini dapat menembusi pada celah-celahan yang sukar disembur dengan alat penyembur dan disitulah terdapat persembunyian dan pembiakan serangga. Selain itu, formulasi jenis Gas juga ciri-ciri yang bagus kerana ia dapat menghilangkan dengan cepat dan tidak meninggalkan sebarang residue selepas itu.

Furmigasi dengan Gas adalah diterima dipasaran untuk penghantaran kotak kontena keseluruh dunia. Gas boleh membunuh semua serangga, arganisma bahaya dan sebagainya.

Smoke Generator => Alat pengeluar asap atau "smoke generator" boleh dikatakan sejenis bom asap juga. Kegunaan formulasi ini lebih selamat jika dibandingkan dengan sistem fumigasi. Asap yang keluar seperti bahan aktik jenis organo phosfate (organo phosphate) disyorkan untuk gudang-gudang yang menyimpan beras, bijiran dan juga makanan haiwan. Formulasi ini agak sukar dan tidak selamat kerana ia mesti dibakar sebelum ia mengeluarkan asap (sama seperti mercun).

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com