Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

10 Mac 2012

Mengawal & Mencegah Serangan Tikus Dirumah

Tikus rumah (Mus Musculus) dianggap salah satu makhluk perosak yang membawa masalah kepada setiap manusia. Tikus rumah tinggal dan membesar dengan pelbagai keadaan didalam atau disekitar rumah.

Tikus rumah cuba mendapat makanan yang sedia ada didalam rumah untuk mereka terus hidup dan membiak. Kehadiran tikus-tikus ini membawa kepada masalah pencemaran terhadap makanan-makanan yang dimakan oleh manusia.

Pencemaran yang merbahaya adalah najis-najis yang ditinggal kedalam makanan-makanan yang dihidang tanpa sebarang perlindungan. Biasanya makanan-makanan dicemari mengandungi sejenis bakteria jahat yang dapat menyebarkan racun-racun yang amat merbahaya.

Mereka mengigit apa saja dan menyebabkan kerosakan terhadap struktur dan harta benda.

Menyedari Kehadiran Tikus

Kesan gigitan yang baru, menemui najis-najis yang ditinggal di merata-rata tempat dan beberapa tanda-tanda lain ditemui di kawasan dimana tikus-tikus ini aktif.

Tikus rumah membina sarang daripada kertas halus yang dicarik seperti bahan bersabut dan boleh ditemui dilokasi yang agak tersembunyi. Adakalanya tikus ini dapat dilihat pada siang hari.

Fakta Tikus Rumah

Tikus rumah boleh dikenali dengan melihat rupa bentuk dan warna bulu. Bulunya berwarna coklat atau kelabu memiliki telinga yang agak besar dengan matanya yang agak kecil.

Tikus dewasa mempunyai berat 1/2 auns dan panjangnya pula adalah 5 1/2 hingga 7 1/2 inci manakala ukuran ekornya pula 3 hingga 4 inci.

Walaupun tikus rumah suka makan makanan jenis bijirin, mereka juga boleh memakan pelbagai jenis makanan. Memiliki deria rasa, bau, pendengaran dan sentuhan yang kuat. Mereka juga adalah pemanjat yang cekap dan pantas berlari.

Mereka juga boleh meniti disepanjang wayar dan kabel serta berupaya melompat setinggi 13 inci dari lantai ke atas permukaan yang rata. Boleh melepasi setiap rekahan yang kecil dan lubang lubang bersaiz 1/4 inci.

Kawalan & Pencegahan

Mengawal tikus lebih berkesan jika kebersihan kawasan diutamakan. Ia dapat mengurangkan populasi serangan secara berperingkat. Apabila infestasi tikus menunjukan pada tahap baru, beberapa bentuk pengawasan dan kawalan seperti perangkap dan racun dapat membantu menghapuskan dan mengurangkan populasi serangan tikus.

Biasanya tikus masih dapat bertahan untuk hidup dikawasan yang sangat kecil dengan sedikit makanan dan perlindungan yang terhad. Samada setiap kawasan itu terpelihara dengan kebersihan ataupun tidak, infestasi juga mungkin masih boleh berlaku.

Namun untuk memerangkap tikus-tikus ini lebih mudah dilakukan dan berkesan kerana mereka tiada pilihan lain untuk mendapatkan makanan. Tikus-tikus yang kelaparan akan cuba memakan makanan yang disasarkan sebagai umpan samada perangkap atau makanan beracun.

Selain dari cara itu juga, semua kawasan yang melibatkan infestasi juga dapat mengurangkan seranggan dimana lubang-lubang yang menjadi penyebab kehadiran tikus-tikus ini ditutup rapat dengan baik, ianya dapat membantu mengurangkan serangan tikus-tikus. Setiap makanan perlu disimpan didalam lokasi yang tertutup.

Balang kaca adalah pilihan yang palig bagus untuk menyimpan makanan seperti bijian, gandum dan beras yang sering menjadi makanan kegemaran tikus.

Gunakan perangkap sebagai jerat adalah satu kaedah kawalan yang berkesan. Bagi Kaedah mengawal tikus dengan jerat seperti perangkap mempunyai beberapa kelebihan:
  1. Mengurang risiko sebab bebas daripada bahan racun yang merbahaya.
  2. Dapat menangkap hidup-hidup tanpa perlu menacari dimana bangkai tikus.
  3. Boleh membuat pilihan samada ingin membunuh tikus-tikus itu atau buang jauh-jauh dari tempat anda.
Selain itu juga kaedah mengawal tikus dengan perangkap lebih murah dan mudah dikendalikan. Anda hanya perlu menyediakan umpan untuk menangkapnya hidup-hidup. Umpan yang boleh digunakan seperti makanan buah-buahan yang kering, mentega kacang, biji gandum dan makanan lain yang dapat menarik tikus-tikus memasuki perangkap.

Letakkan perangkap dilokasi yang sesuai dimana tikus-tikus itu aktif atau dilaluan utama yang sering digunakan untuk mereka mendapat makanan. Gunakan lebih banyak perangkap adalah lebih baik bagi setiap tempat seperti dibahagian ruang makan didapur, dibelakang rumah dan berhampiran dengan tandas.

Papan Gam juga boleh digunakan sebagai alternatif tambahan dapat membantu menangkap tikus-tikus dengan lebih cepat. Tapi ia tidak sesesuai diletakkan diruang tamu. Tempatkan papan gam untuk menjerat tikus-tikus dibahagian luar rumah dengan suhu yang serderhana.

Racun Tikus (Rodenticides) adalah pilihan lain untuk membasmi tikus. Pada hari ini racun tikus menjadi pilihan ramai orang untuk membunuh tikus dengan lebih cepat dan berkesan.

Namun ia hanya sesuai bagi sesetengah pengguna. Bagi mereka yang pentingkan keselamatan tidak digalakkan menggunakan kaedah ini.

Jika ini adalah pilihan untuk anda, pastikan anda mengutamakan keselamatan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Dapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari syarikat kawalan kawalan serangga ditempat anda jika anda ingin memilih kaedah mengawal tikus dengan umpan beracun untuk menghapuskan tikus.

1 ulasan:

bmnsolution berkata...

Mungkin saya boleh tambah tentang masalah ni.

Ada satu produk dari Jepun di pasaran untuk Menghalau Tikus dari Rumah bernama Rat Repellent.

Produk ni akan mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadfi tak selesa dan beredar apabila diletakkan.

Yang Penting Murah, Mudah dan tak aniaya binatang.

Kalau nak tengok detail produk boleh tgk di http:/www.tenringgitshop.com
atau email : tenringgitshop@gmail.com

 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan