Pengurusan dan Pencegahan Anai-Anai Selepas Beli Rumah Lelong.


Pengurusan & Pencegahan Anai-Anai dengan Kaedah Rawatan Tanah
Pengurusan & Pencegahan Anai-Anai denga Kaedah Rawatan Tanah
Ada beberapa perkara yang perlu kita fikirkan jika ingin membeli rumah yang telah dilelong. Lebih teruk lagi rumah yang dilelong ini, terbiar bertahun-tahun tanpa penghuni. Biasanya rumah yang terbiar akan ada masalah anai-anai. Tetapi janganlah terlalu risau dan bimbang tentang masalah tersebut.  Masalah ini boleh diatasi dengan beberapa kaedah dan cara. Banyak cara yang boleh kita lakukan. Dibawah akan kita bincangkan kaedah dan cara pengurusan dan pencegahan masalah serangga perosak.

Kabinet juga turut rosak disebabkan anai-anai
Keadaan lantai & kabinet yang rosak disebabkan anai-anai
Salah satu cara yang perlu dilakukan selepas memiliki rumah lelong ialah merawat semula tapak bangunan. Buat pencegahan, pembasmian dulu untuk membunuh semua koloni anai-anai. Dapatkan bantuan daripada syarikat Pest Control.  Khidmat nasihat dan pandangan boleh diperoleh secara percuma.

Berbincanglah dengan mana-mana syarikat Pest Control untuk dapatkan maklumat mengenai pencegahan anai-anai. Biasanya syarikat Pest Control atau pakar-pakar kawalan serangga akan membantu anda dengan memberikan sedikit cadangan dan pandangan, apa perlu dibuat selepas membeli rumah lama.

Di Malaysia terdapat banyak syarikat yang memiliki kepakaran dalam kerja-kerja pencegahan anai-anai. Anda berhak membuat keputusan untuk memilih mana-mana syarikat kawalan serangga bagi membantu menyelesaikan masalah anai-anai dengan segera.

Kerja-Kerja Pencegahan Anai-Ana dengan Kaedah Rawatan Tanah
Contoh kerja-kerja Rawatan Tanah - Klik gambar utk besarkan
Di Johor bahru sahaja kita mempunyai beberapa syarikat pest control seperti Rentokil, Skill Pest Control, Diamond Pest Control, NCL, MNI Pest Solution, Fog Master, Rid Pest dan sebagainya. Apa yang penting pilihlah syarikat kawalan serangga yang berhampiran dengan tempat kediaman anda. Kerana mereka lebih mudah untuk membuat sebarang pemantaun dengan jadual yang betul dan dengan kadar yang lebih segera.

Memilih Kaedah Rawatan (Sistem Pengupanan)

Memang terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk anda hapuskan semua kolono anai-anai. Salah satu daripada cara yang mudah untuk syarikat Pest Control menguruskan kerja-kerja rawatan untuk menghapuskan serangan anai-anai ialah dengan menggunakan sistem pengumpanan. Walaupun kosnya  agak mahal sedikit tetapi ia memudahkan kerja-kerja pencegahan.

Kaedah cegah anai-anai dalam sistem pengumpanan tidak memerlukan banyak peralatan berbanding dengan kaedah rawatan tanah. Rumah sentiasa bersih dan tidak berhabuk memang sesuai untuk rumah-rumah baru atau rumah yang telah dihuni.

Kaedah cegah anai-anai dalam sistem pengumpanan tidak memerlukan banyak peralatan berbanding dengan kaedah rawatan tanah. Rumah sentiasa bersih dan tidak berhabuk memang sesuai untuk rumah-rumah baru atau rumah yang telah dihuni.

Rawatan Tanah ( Corrective Soil Treatment)

Cara kedua yang terbaik untuk menguruskan kerja-kerja pencegahan anai-anai ialah dengan menggunakan kaedah rawatan tanah. Kaedah ini memerlukan banyak peralatan dan diantaranya ialah mesin pam untuk mengepam racun anai-anai ke dalam setiap lubang. Mesin gerudi pula diperlukan untuk mengorek atau menebuk lantai bangunan. Alat suntikan yang dipanggil injector juga diperlukan untuk menyuntik racun kedalam setiap lubang-lubang yang ditebuk.

Seorang juruteknik pest control sedang mengerudi lantai
Seorang juruteknik sedang mengerudi lubang
Biasalah kerja-kerja menebuk akan mengeluarkan habuk simen tapi tidak seteruk mana. Cuma yang rumitnya ialah ia kurang selesa juga jika tidak pandai mengayakan kerja akhirnya rumah menjadi kotor.

Jika kaedah rawatan tanah adalah pilihan anda untuk kerja-kerja pencegahan anai-anai pastikan anda memilih hari cuti supaya kerja-kerja mengemas semula rumah dapat dilakukan dengan segera. Sebaik sahaja kerja-kerja rawatan pencegahan anai-anai selesai dijalankan anda mempunyai sedikit masa untuk mengemas semula.

Disarankan untuk rumah kosong (belum dihuni), rumah lelong (baru saja beli) menggunakan kaedah rawatan tanah sebagai pilihan terbaik.

Rawatan Berkala (General Pest Control)

Langkah seterusnya ialah memilih kaedah rawatan berjadual. Kaedah ini dipanggil General Pest Control. Semburan dilakukan pada seluruh kawasan kediaman secara berkala. Cara yang paling murah dan menjimatkan. Tapi syaratnya kaedah ini terikat dengan penjanjian dan kontrak.

Bergantung dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh mana-mana Syarikat Pest Control. Sebagai contoh mungkin 4 kali semburan dalam satu tempoh. Kaedah rawatan pencegahan jenis ini merangkumi keselurunhan serangga termasuklah semut, lipas, tikus dan sebagainya.

Ia bukan sekadar dapat mengawal sahaja, malah apa sahaja serangga perosak dihapuskan dengan beberapa rawatan khas. Apapun itu semua pilihan anda. Anda perlu berbincang dahulu dengan mana-mana syarikat kawalan serangga yang anda pilih. Semua pilihan ditangan anda dan buat keputusan dengan bijak.

Anda perlukan bantuan dan servis pest control hubungi 016-758 3483 (Johor Bahru) sahaja.

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com