Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

09 Disember 2012

Bahan Aktif Dalam Kandungan Racun Anai-Anai

Bahan Aktif Dalam Kandungan Racun Anai-Anai
Contoh racun anai-anai yang dibotolkan.
Ada pelbagai jenis jenis racun anai-anai yang boleh digunakan untuk menghapuskan kesemua koloni anai-anai dengan satu tindakan.

Di antara racun yang biasa digunakan untuk membasmi anai-anai ialah Termidor 25 EC, Premise SC 200, Stun 18.3 SC, Agenda 2.5 EC, Chemicide, Termifos dan sebagainya.

Setiap racun anai-anai mengandungi bahan aktif yang memberikan kesan terhadap anai-anai.

Fungsi bagi setiap racun anai-anai itu juga berbeza. Setiap racun anai-anai mempunyai kebolehan tersendiri samada untuk mengawal, menghalang dan membunuh serangga mengikut jenis-jenis dan bahan aktif itu sendiri.

Contoh racun anai-anai dan serangga perosak.
Ada juga racun anai-anai yang boleh membunuh anai-anai dengan serta merta dan ada juga racun anai-anai yang bersifat sebagai penghalang tetapi tidak membunuh. Selain dari fungsi tersebut terdapat juga racun yang mampu membunuh anai-anai secara perlahan-lahan. Itu semua bergantung pada jenis racun  yang digunakan semasa dalam rawatan pencegahan anai-anai.

Bahan-Bahan dan Kandungan Racun

Contoh bahan aktif pada label racun anai-anai
Contoh bahan aktif pada label racun
Contoh bagi racun dari jenama Premise SC 200 ia mengandungi bahan aktif Imidacloprid 18.3% w/w dan bahan lengai pula ialah 81.7% w/w. Semua ini ada tercatat dan tertulis didalam label atau stiker yang ditampal pada botol Premise SC 200 itu sendiri.

Bagi racun anai-anai dari jenama STUN 18.3SC juga sama seperti racun anai-anai jenama Premise SC 200. Dalam label racun itu juga ada tercatat nama pengeluar racun.

Contoh racun anai-anai jenama Premise SC 200 dari syarikat Bayer Co (Malaysia) SDN BHD. Isikandungan dalam satu botol adalah sebanyak 1 liter sahaja memang sesuai utuk semua kediaman (standard rumah) dinegara Malaysia.

Hanya di indonesia sahaja racun jenama Premise SC 200 ini disukat sebanyak 0.5 liter. Setiap negara mungkin berbeza isi kandungannya.

Pendaftaran Racun

Semua racun-racun serangga yang berjenama biasanya tercatat dengan No Pendaftaran. Contoh bagi racun anai-anai dari jenama STUN 18.3SC didaftarkan dengan No: LRMP.R1/7418. Manakala bagi racun serangga Premise SC 200 terdapat juga No Pendaftaran yang dicetak pada label racun dengan No Pendaftaran LRMP.R1/4284.

Adalah di ingat jangan racun yang tiada no pendaftaran atau yang tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (Malaysia). Ini kerana kita tidak tahu apakah bahan-bahan yang berada didalam kandungan racun itu sendiri. Mungkin ia juga mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan manusia, haiwan peliharan dan alam sekitar.

Cara Penggunaan Racun

Contoh racun anai-anai kelas III
Contoh racun anai-anai kelas III
Biasanya orang awan tidak dibenarkan mengunakan apa sahaja jenis racun.

Ia sepatutnya di dikendalikan oleh mereka yang terlatih sahaja.

Mereka yang terlatih adalah terdiri dari pengendali racun yang telah dilatih dan memiliki lesen PAL dan APAL.

Hanya racun aerosol sahaja yang dibenarkan untuk orang awam kerana tahap bahaya racun ini agak rendah.
Racun anai-anai tahan lebih lama dengan kaedah rawatan tanah
Racun anai-anai tahan lebih lama dengan kaedah rawatan tanah

@ Anda perlukan bantuan dan Servis Pest Control? Hubungi 016-758 3483 untuk sebarang pertanyaan. Lokasi (Johor, Johor Bahru) sahaja.

Tiada ulasan:

 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan