Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

28 Februari 2013

Cara Hapuskan Pijat + Petua + Tanpa Racun + Racun

Di ancam serangga pijat
Di ancam serangga pijat.
Anda mungkin rasa kurang selesa semasa sedang tidur diwaktu malam. Terasa ada benda sedang merayap ke seluruh tubuh badan anda.

Keesokan paginya anda dapati terdapat banyak kesan bintik-bintik berwarna merah diseluruh tubuh badan. Itu adalah tanda-tanda awal bilik tidur anda terkena serangan pijat.

Jadi untuk memastikan samada bilik anda bebas dari sebarang ancaman dan  serangan serangga seperti pijat.

Eloklah buat pemeriksaan rapi dan pastikan betul-betul tiada seekor pijat yang berkongsi tempat tidur dengan anda.

Adakah anda pasti ?

Untuk memastikan setiap malam anda tidak ditemani dengan serangga penghisap darah. Anda perlu melakukan sesuatu supaya ianya tidak berlaku lagi dibilik tidur anda. Anda perlu lakukan beberapa pemeriksaan rapi untuk mengesan serangga pijat ditempat dtidur anda. Pastikan betul-betul dimana tempat pijat ini bersembunyi.

Bersembunyi dimana? Ya pastikan…

Dicelah lipatan tilah tempat persembunyian pijat
Dicelah-celah tilam tempat persembunyian pijat
Mungkin dicelah-celah lipatan tilam, selimut dan bantal. Ini adalah tempat yang paling mudah untuk mengesan mereka.

Selain itu juga kerja-kerja mengesan serangga pijat ini juga boleh dikesan didalam almari yang terdapat banyak baju-baju, beg pakaian dan sebagainya.

Dengan melakukan pemeriksaan yang teliti anda pasti ia dapat dikesan dan anda akan menemui serangga penghisap darah ini ditempat-tepat yang disebutkan diatas dengan mudah.

Jika semua telah Berjaya dilakukan dengan baik dan anda benar-benar pasti anda berkongsi tempat tidur dengan pijat maka usaha anda setrusnya ialah…

Menghapuskan semua keturunan serangga pijat…

Setakat ini ada beberapa kaedah dan cara untuk menghapuskan mereka ini samada cara berbayar ataupun percuma. Ya cara berbayar mungkin pilihan anda. Dengan memilih kaedah berbayar anda perlu mengeluarkan sedikit kos dengan menghubungi pakar kawalan serangga ditempat anda.

Biasanya kos itu bergantung pada keadaan, kaedah rawatan, tempat dan sebagainya. Untuk maklumat dan penjelasan lebih lanjut, hubungi pakar kawalan serangga yang berhampiran dikawasan anda.

Cara lain pula anda perlu dapatkan produk dan bahan yang boleh menghapuskan pijat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang dapat membantu anda menyinkirkan serangga penghisap darah dan anda sendiri lakukan.

Penyembur ubat anti pijat - http://www.kedaiserbanika.com
Penyembur Ubat Anti Pijat
Ia juga perlu sedikit kos dan bayaran tapi anda sendiri lakukan kaedah rawatan pembasmian serangga pijat dengan tangan sendiri.

Bahan yang boleh anda dapatkan ini sesuai untuk kegunaan isi rumah. Tidak mengandungi toksik dan selamat digunakan.

Cuba beli dilaman web www.kedaiserbanika.com atau klik sini utuk terus ke page produk pest control. Jika anda bernasib baik anda boleh dapatkan produk halau pijat ini jika stok masih ada.

Saya tak pasti samada ia masih boleh diperolehi ataupun tidak. Maklumat lanjut mengenai produk halau pijat KLIK SINI.

Kaedah lain yang PERCUMA…

Menurut beberapa sumber pengetahuan kaedah percuma ini lebih sesuai untuk mereka yang tinggal dikawasan perkampungan. Kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk menghalau serangga pijat ini lebih mudah didapati disekitar kawasan perkampungan. Tapi masalah ia boleh digunapakai ataupun tidak, tak dapat dipastikan.

Contoh pokok durian belanda
Contoh pokok durian belanda
Sumber pengetahuan ini diperolehi daripada petua orang dahulu kala. Bahan-bahan yang dimaksudkan ialah kulit buah durian belanda. Menurut orang dulu-dulu pijat memang tak suka langsung dengan kulit buah durian belanda.

Kalau tempat tidur didalam bilik kita penuh dengan sarang pijat mereka akan gunakan kulit buah durian belanda. Pijat memang anti betul dengan kulit buah durian belanda.

Bukan setakat kulitnya sahaja, ranting dan daunnya juga mampu menghidari pijat dari bilik tidur jika ia diletakan dikawasan yang penuh dengan serangga pijat.

So percaya atau tidak cubu dulu baru tahu. Kalau tak berkesan jangan salahkan saya ya. Ia Cuma perkongsian maklumat yang mungkin dapat membantu anda yang bermasalah dengan ancaman serangan pijat. Apa-apapun anda boleh memilih sendiri kaedah yang sesuai untuk anda bertindak samada dengan cara mengeluarkan wang atau cara tanpa melibatkan kos. Semua itu pilihan ditangan anda…


11 ulasan:

Qaiza berkata...

Saya ada mengedar penyembur serangga BUKAN racun... sila layari http://qaizashop.blogspot.com/search/label/Kawalan .. Sekarang, kami ada buat promosi di Pesta Keluarga Ampang Point 2013

Tanpa Nama berkata...

Ampang point?? Bole x nk thu harga sekali sembur brpe? Urgent!!

ary berkata...

Ampag point dekat area mne tu

Tanpa Nama berkata...

durian belanda tu soursop kan ... nak d letakkn di mana? bwh tilam? bwh katil? dlm almari? letak kan begitu saja? lepas tu P tu akan lekat eh? .... Eeeee ... benci la ....

Tanpa Nama berkata...

Kalau tengah main ngan awek pastu kene pijat haish stress kot...series spoil kot

Shar Mila berkata...

Mcm mne nk dpt kn ubat tu...hargs ?

Hafidz Rahim berkata...

Salam. Saya dari USM dan sedang melakukan kajian mengenai pepijat. Sekarang ini sedang mencari sampel pepijat untuk dibiakkan di makmal. Kalau rumah anda ada pepijat, boleh hubungi saya (0174954500) untuk saya dapatkan sampel.

Tanpa Nama berkata...

Rumah saya ada pepijat !! I hate that !!

Tanpa Nama berkata...

Rumah saya ada pepijat !! I hate that !! *Penang*

Tanpa Nama berkata...

umah saya baru diserang pijat...bosan dgn pijat..sebab jangkitan dr adik bawa bantal peluk dia tdo kat umah saya..so pijat pun menyerang.. .sbb umah dia mmg dh da penghuni pijat pun...please bg info mcm mana nak selesaikan...

Tanpa Nama berkata...

Rumah sy pn ada..ank2 kena gigit pepijat hbis merah2..

 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan